Wednesday, April 19, 2017

Adakah patut GRAB tukar ke tambang lebih murah.

Adakah patut GRAB tukar ke tambang lebih murah. Sebab Grab dan Uber ni main perang harga, bila Grab main harga, pemandu grab yang sengsara.

Grab ni, yang saya paham adalah sebuah syarikat. Dia bukan pemandu dan bukan penunggang. Grab sepatutnya menjaga kepentingan pemandu kerana itu adalah sumber pendapatan Grab. Grab dan Uber dah bagai monopoli, lagi pemandunya patut diutamakan bukan dikurangkan rezekinya. Tambang yang dikenakan oleh Grab kepada penunggang asalnya adalah

Base Fare : RM1.00
Per KM : 1.30

sekarang adalah

Based Fare : RM1.00
Per KM : 0.70
Per Minute : 0.15

Untuk perjalanan jarak jauh sedikit misal dari JB Sentral (saya ambil dari Menara MSC Cyberport) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai akan mengambil masa 32 minit dengan jarak perjalanan 30 km berdasarkan waze. Untuk jarak dekat ke KSL City mengambil masa 11 minit untuk perjalanan 4 km berdasarkan waze. Untuk jarak sederhana ke Larkin Sentral mengambil masa 11 min sejauh 6.90. Untuk..

Ke Senai Airport,

Asalnya Base Fare RM 1.00. Per KM 39.00. Jumlah RM40.00
Sekarang Base Fare RM 1.00. Per KM 21.00. Per Min 4.80. Jumlah semua RM 26.8

Beza RM 13.20 (Kurang 33%)

Ke KSL City

Asalnya Base Fare RM 1.00. Per KM 4.60. Jumlah RM5.60
Sekarang Base Fare RM 1.00. Per KM 2.50. Per Min 1.65 Jumlah semua RM 5.15.

Beza RM 0.00. (0%)

Ke Larkin Sentrals

Asalnya Base Fare RM 1.00. Per KM 9.00. Jumlah RM10.00
Sekarang Base Fare RM 1.00. Per KM 4.80. Per Min 1.65 Jumlah semua RM 7.50.

Beza RM 2.50 (25%) Tidak dikira pembulatan.

Bagi saya semua yang lebih 10% (Paling lebih pun 15%) adalah kesalahan melampau yang dibuat oleh Grab.
Grab tidak tanggung kos minyak, kos penglenggaraan dan kos masa. Dia boleh kata "Ada untung kan?". Dia kira ikut mana pun saya tak tahu. Kurang 33% tu saya kata "mencekik darah".

Dari perkara ini kita diberi insentif

6 Trip - RM12
10 Trip - RM25
15 Trip - RM45.

Saya ingatkan. Incentif adalah insentif dan bukan tambang biasa.Bila-bila masa ia boleh hilang.Jangan biarkan insentif ini menipu anda.

Kita mungkin tidak ada kuasa. Grab yang buatkan semua. Sesiapa sahaja yang melawan akan dihentikan perkhidmatan. Kita bukan perkhidmatan Awan. Kita cuma buat swasta. Kalau hendak dipertikai oleh SPAD pun boleh sebab kira dapat pelanggan dari Grab. Kita tak bunyikan hon, tak main lampu atau letak tanda-tanda kita adalah teksi Awam. Kita hanya dapat pelanggan dari database. Tetapi kita ada kuasa sebagai pemandu. Kalau kuat pemandu itu bersatu, maka kuatlah persatuan itu.

Saya cadangkan kepada semua pemandu Grab. Kita bersatu, buat kejutan. Kita tak perlu mogok. Rugi. Kita buat satu persatuan pemandu uber dan grab yang akan buat tindakan. Tindakan pertama adalah untuk berhenti pemanduan selama 2 jam waktu peak. Ini tak menjejaskan pendapatan anda. Kita cuma hendak beritahu bahawa kita juga mempunyai kuasa bukan ikut sahaja. Saya cadangkan tubuh sebuah persatuan. Dengan persatuan itu, kita jadi lebih dipandang daripada kita pemandu grab tanpa persatuan.

Kita buat 2 jam dalam sepi ini sebagai tanda kita bersatu. Tarikhnya akan ditentukan. Misalnya hari selasa 24/3 antara 7-9 pagi. Pada waktu tersebut, bagi yang juga pemandu Uber boleh teruskan dengan Uber. Sesiapa yang masuk tier I, sila tanya rakan-rakan, kalau-kalau ada cara boleh keluar dari Tier I. Saya memang tidak menggalakkan masuk Grab Tier I yang memastikan kita memandu hanya Grab.

Saya memang menjangkakan bahawa ada banyak lagi syarikat e-hailing yang akan beroperasi. Sekarang yang diketahui ada 2 syarikat sahaja. Mungkin yang ketiga mungkin dari persatuan ini nanti. Mungkin kita tubuh korperasi untuk itu.

Persatuan juga perlu memberi perhatian kepada mangsa penyingkiran. Mangsa penyingkiran adalah orang yang sudah tidak boleh mendaftar dengan mereka sebab-sebab tertentu. Ini mungkin atas sebab-sebab yang lain tetapi disingkirkan juga dari syarikat yang teramat besar ini. Grab dan Uber adalah syarikat yang besar. Tersangat besar sehingga nilai pasaran pernah sekali dianggarkan 58 billion sedunia sesuatu yang lebih besar dari perbelanjaan pembangunan satu Malaysia yang berjumlah 46 billion dalam Bajet 2017. Takkan sebab itu dia boleh buat apa sahaja yang dia suka.

Bagi yang ada whatapp group beserta admin dari grab tu, saya cadangkan buat lagi satu group tanpa admin grab. Group yang ada admin Grab tu nanti bila anda dah ditendang keluar, habis lah contact tu. Jadi buat group baru.

Jadi saya biarkan anda buat komen.