Tuesday, March 7, 2017

Nak Beli Kereta Baru. Sekarang ke, Esok-esok aje.

Nak beli kereta baru? Nak tunggu gaji naik sikit? Beli nanti, bila tetapi tak mampu bayar, lagi masaalah. Betul tak?

Nak beli kereta baru tunggu kemampuan diri sendiri itu memang bagus. Tetapi ramai yang tidak fikir tentang kemampuan orang untuk bagi pinjaman pada kita. Atau tidak fikir tentang masa hadapan kita yang bertambah tidak stabil dan dengan itu pihak bank sukar bagi pinjaman pada kita.

Masalah sekarang adalah alam kegawatan. Ia telah dituliskan, bagi saya, dalam Al-Quran surah Yusuf dan di dalam kitab perjanjian baru dan lama (bible) dalam kisah waktu yang ke tujuh (hari, tahun dan sabbath yang Sabtu atau ke tujuh). Itu yang saya kata 'kegawatan'. Kegawatan yang akan menimpa setiap umat, miskin atau kaya kecuali sedikit yang tidak menghadapi "kegawatan" ini. Dari Negara China hingga Indonesia, masing-masing akan 'gawat'. Ia berlaku, bagi saya, sejak 2015 selama 7 tahun. Sekarang baru 2017, saya pernah kata ia benar-benar gawat sekitar 2018. Akan tetapi ianya akan berlaku sehingga sekitar 2021 di mana rata-rata masyarakat setempat ketika itu kata, "jangan berniaga sekarang, kita tengah gawat". Padahal waktu itu kita sedang pulih dari kegawatan.

Ya, masalah sekarang adalah gawat tetapi kenapa dengan masaalah beli kereta? Bila kita 'gawat', orang ramai 'gawat', bank pun bakal 'gawat'. Mengikut definansi 'krisis ekonomi', krisis ekonomi berlaku apabila kewangan dalam negara tidak mampu untuk memperuntukkan modal. Senang ditulis sebagai bank tidak ada duit, atau bank hendak muflis. Anda mempunyai kewangan yang cukup hari ini, hari ini anda boleh meminjam di bank, tetapi esok anda mungkin tidak boleh walaupun kewangan anda masih dikira berkemampuan. Jadi sekiranya anda mampu meminjam, pinjamlah sekarang bukan esok-lusa.

Sekiranya anda ada kereta berumur lebih 10 tahun, dah habis bayar loan, anda kena kaji tentang manfaat yang diberikan oleh kereta itu jika dibandingkan dengan manfaat yang diberikan oleh kereta baru selepas ditolak bayarran hutang. Kebanyakkan kereta lebih 10 tahun, mempunyai banyak masaalah. Kejap repair ni, kejap terbakar lampu ni, kejap tukar tayar ni, dan macam-macam lagi.Kesemua masaalah perlukan penyelesaian.Cuba dibandingkan dengan kereta yang 5 tahun jaminan, yang tidak payah nak fikir masalah-masaalah-masaalah kereta yang lama. Jadi anda fikirkan baik-baik.

Sekiranya anda belum tahu tentang pemanduan kereta UBER dan GRAB, saya cadangkan anda join sekarang.GRAB dan UBER adalah permanduan kereta persendirian dan anda dapat duit yang berbaloi dari situ. Anda boleh baca di www.kongsiperjalanan.com. Anda masuk, anda dapat duit pulak. TETAPI duit yang berbaloi itu bukan untuk jangkamasa yang lama sebab kita telah masuk zaman  'GAWAT'.Semakin ramai orang akan join UBER, GRAB dan beberapa syarikat kecil yang berfikir untuk bersama-sama mendapatkan sedikit daripada keuntungan yang besar, semakin kecillah pendapatan untuk ahli UBER dan GRAB tersebut. Bagi saya, buatlah GRAB dan UBER dan simpanlah duit banyak-banyak untuk masa yang lebih "GAWAT" nanti. Tunggulah masanya apabila Malaysia mengubah kadar KDNK atas sebab-sebab yang tidak diketahui untuk masa ini seperti yang pernah berlaku dalam tahun 1997 kalau tak silap.




No comments:

Post a Comment