Tuesday, January 24, 2017

Uber : Perkhidmatan Public (awam) atau Private (swasta)


Ramai yang tidak tahu sebenarnya kat mana pemandu Uber ni. Ramai yang kata dia dikira transport awam. Saya tetap kata TIDAK. Dia adalah perkhidmatan private atau perkhidmatan swasta."Everyone private driver" sudah lama menjadi tag line uber. Jadi private, bukan public. Swasta bukan Awam.

Ramai yang tak tahu bezanya. Saya mempunyai lesen jadi remisier. Untuk sebahgian urusan dana awam, dia kena lalu remisier atau mungkin dealer. Urusan dana awam ni banyak kerenahnya. Kalau nak dapatkan dana dari awam ni, kena ada prospectus dan lain-lain. Banyak lecehnya. Tetapi jika anak anda ada perniagaan nak minta dana, perlukah ada propectus. Atau pun rakan dia buat bisness baru, nak dana, perlukah anda kata buat prospectus, unjuran 5 tahun dan sebagainya. Tidak. Ianya adalah private. Private ni tak perlu prospectus. Anda boleh masuk sebagai partner.

Untuk pembelian tanah dan banggunan yang dimasukkan kedalam pembelian saham, tetap kena bagi prospectus walaupun tak sehebat prospectus untuk disenaraikan di Bursa Malaysia. Sebab ia adalah terbitan awam. Orang ramai boleh beli. Kalau private, misalnya melalui 'word of mouth' aje boleh beli, saya rasa tak payah propectus. Boleh jual terus.

Sama lah seperti Uber atau Grab atau yang saya percaya ada lagi syarikat lain yang buat nanti, mereka adalah private. Penumpang akan tahu nama, rupa dan jenis kenderaan yang akan ambil dia dan bawa dia dari mana ke mana. Mereka diketahui sebelum memulakan perjalanan. Pemandu pun akan tahu nama penumpang sebelum perjalanan. Itu dah kira, bagi saya, perkhidmatan swasta.


Sekiranya anda ada 3 orang driver untuk 4 buah kenderaan syarikat anda. Adakah driver itu perlu lesen awam? Tidak. Kereta tu kereta private, kereta swasta. tak perlu. Kenderaan itu perlu permit kenderaan awam? Nak buat apa? anda ada kenderaan persendirian, driver sendirian nak buat apa mohon  lesen awam.

Sekiranya anda bawa orang luar, misal pengarah ni, timbalan pengarah ni, itu macamana? Itu pun, bagi saya, bergantung. Selagi anda tak bawa orang awam, walau anda tunggu di lapangan terbang dengan tertulis nama orang yang anda cari, selagi ia private anda tak perlu lesen awam. Misal anda pemandu di Universiti Teknologi Malaysia, di minta bawa student bernama "Michelle" yang anda tidak kenal di airport dan bawa ke UTM menaiki kereta Perlukah anda mengambil lesen untuk kenderaan awam? Maaf saya tidak tahu jawapannya.

Uber nak dapat nama masuk ke dalam database dia tu, bukankah public?

Saya tak pernah tengok Uber buat pengiklanan cara penumpang kecuali cari pemandu. Saya jangka grab pun sama. Ia diiklankan lalu "word of mouth". Sebab itu uber bagi diskaun RM10.00 untuk perjalanan kali pertama (first time rides). Grab pun bagi 3 perjalanan percuma untuk kalu pertama. Sekiranya dibuat satu iklan mencari penumpang, maka iklan itu dah kira public. Ia mungkin sukar mencari pemandu sebab dah public.

Iklan cari pemandu tu bukankah public? Ya, ia public. Tetapi salah tak? Kita jadi pemandu pun kita dapat duit.Tu lagi public. tetapi salah kat mana? Syarikat perlu lesen pengiklanan awam khas untuk cari pemandu secara public. Betul ke?

Habis tu kalau cari penumpang? Kalau iklan cari penumpang secara awam, maka jadi kenderaan awam. Bila kenderaan awam, kena pendaftaran awam. Faham.

Tak akan tak ada pemantauan langsung untuk grab dan uber ni.

Bagi pemandu Uber dan Grab ni, mereka tak kisah kalau ada pemantauan terutama oleh JPJ kerana kereta adalah kenderaan wasta atau private tetapi tidak jika SPAD, sebab Spad untuk kenderaan awam. Saya bertanya juga kepada penumpang Uber, rasa-rata bersetuju ia tidak diletakkan di bawah SPAD. Jadi bersesuaianlah dengan tag line yang mengatakan "private" dalam "Everyone Private Driver". Walau penumpang pun tak setuju.

Jadi tak perlu buat awwam seperti main bagi lampu, bunyi hon atau letak iklan. Buat yang private. Lagi mudah.Jadi apa pendapat anda. Adakah kenderaan awam?

No comments:

Post a Comment