Sunday, May 21, 2017

Promosi Grab & Uber, rugi banyak kalau tak ambil sekarang.



Ada tawaran seolah-olah anda dapat duit percuma sekiranya anda mempunyai smartfone, nombor smartfone dan email yang berlainan yang belum daftar dengan Grab atau Uber. Ia bermakna anda layak dapat 1 kali sahaja. Sekali untuk Uber dan sekali untuk Grab.

Kenapa saya kata macam dapat duit? Sebab dia bagi tawaran dan dia bayar untuk perjalanan anda. Anda tidak perlu bayar pada driver. Uber atau Grab yang bayar pada driver.

Terlebih dahulu, Grab atau Uber adalah syarikat yang mempunyai pengkalan data tentang pemandu-pemandu dan kenderaannya pada satu masa dan akan memberikan anda seorang pemandu peribadi untuk perjalanan anda. Anda cuma perlu memberitahu jenis perjalanan dengan waktunya melalui Smartfone anda. Ia adalah syarikat teknologi bukan syarikat pengangkutan awam yang akan beritahu anda tentang siapa dan kenderaan apa yang dibawanya dari pengkalan datanya secara peribadi.

Ramai lagi rakyat Malaysia ini yang tidak tahu bahawa terdapat tiga perjalanan bernilai RM10.00 yang akan diberikan percuma dari GRAB dan satu perjalanan dari UBER. Ramai juga tidak tahu yang mereka boleh terus menjual kepada pengguna yang lain. Anda hanya perlu mencari pengguna baru itu untuk dijual. Walau bagaimanapun ada juga yang jadi seperti agen yang mengambil cuma sedikit point dari perjalanan yang tempah. Sekarang pun telah ada perhentian bas yang ada 'ulat uber' yang memberikan tempahan lebih murah dari teksi. Mereka ini adalah orang yang tahu mengenai teknologi dan mengambil kesempatan atas itu.

Apa yang anda perlu buat.

Untuk Uber.

1) Download Uber secara percuma di play store.
2) Daftar Uber seperti biasa. No Handphone bermula dengan 60. Untuk 013 mulakan dengan 6013.
3) Setelah berjaya masukkan kod introducer (atau cuba "4le1xy") dalam promo code di Menu -> Payment -> Add promo/Gift Code. Untuk cari Menu tekan tiga garis di sebelah atas dan kiri.

Untuk Grab

1) Taip https://invite.grab.co/nel48902
2) Masukkan No Smartfone apabila diminta. No Handphone bermula dengan 60. Untuk 013 mulakan dengan 6013.
3) Download Grab secara percuma di play store.
4) Anda akan dapat perjalanan RM 10.00 percuma dengan meletakkan promo codes. Buat tidak tahu pasal promo code itu.
5) Apabila buat tempahan. Isikan dalam promo code "newtograb" untuk peralanan pertama, kedua dan ketiga.

Selepas mengetahui ini, anda dapat 4 perjalanan RM10.00 percuma. 6 perjalanan sekiranya anda mempunyai adalah introducer. Sekiranya ada mempunyai 2 handphone menggunakan android, dengan meminjan nama rakan anda (dengan kebenarannya) anda mendapat 12 perjalanan percuma. Sekiranya anda masukkan promosi baru Uber dan Grab banyak lagi yang anda dapat. Misalnya hari ini (22/5/17) , terdapat promosi Uber dengan RM7.00 diskaun dengan code "POWEROF3" . Letak di  Menu -> Payment ->Add Promo.Terdapat promosi juga sekiranya anda gunakan "Grabpay" iaitu kad DEBIT yang biasanya ada pada setiap kad ATM.

Promosi Uber dan Grab ini adalah sementara. Gunakan sementara masih ada.




Wednesday, April 19, 2017

Adakah patut GRAB tukar ke tambang lebih murah.

Adakah patut GRAB tukar ke tambang lebih murah. Sebab Grab dan Uber ni main perang harga, bila Grab main harga, pemandu grab yang sengsara.

Grab ni, yang saya paham adalah sebuah syarikat. Dia bukan pemandu dan bukan penunggang. Grab sepatutnya menjaga kepentingan pemandu kerana itu adalah sumber pendapatan Grab. Grab dan Uber dah bagai monopoli, lagi pemandunya patut diutamakan bukan dikurangkan rezekinya. Tambang yang dikenakan oleh Grab kepada penunggang asalnya adalah

Base Fare : RM1.00
Per KM : 1.30

sekarang adalah

Based Fare : RM1.00
Per KM : 0.70
Per Minute : 0.15

Untuk perjalanan jarak jauh sedikit misal dari JB Sentral (saya ambil dari Menara MSC Cyberport) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai akan mengambil masa 32 minit dengan jarak perjalanan 30 km berdasarkan waze. Untuk jarak dekat ke KSL City mengambil masa 11 minit untuk perjalanan 4 km berdasarkan waze. Untuk jarak sederhana ke Larkin Sentral mengambil masa 11 min sejauh 6.90. Untuk..

Ke Senai Airport,

Asalnya Base Fare RM 1.00. Per KM 39.00. Jumlah RM40.00
Sekarang Base Fare RM 1.00. Per KM 21.00. Per Min 4.80. Jumlah semua RM 26.8

Beza RM 13.20 (Kurang 33%)

Ke KSL City

Asalnya Base Fare RM 1.00. Per KM 4.60. Jumlah RM5.60
Sekarang Base Fare RM 1.00. Per KM 2.50. Per Min 1.65 Jumlah semua RM 5.15.

Beza RM 0.00. (0%)

Ke Larkin Sentrals

Asalnya Base Fare RM 1.00. Per KM 9.00. Jumlah RM10.00
Sekarang Base Fare RM 1.00. Per KM 4.80. Per Min 1.65 Jumlah semua RM 7.50.

Beza RM 2.50 (25%) Tidak dikira pembulatan.

Bagi saya semua yang lebih 10% (Paling lebih pun 15%) adalah kesalahan melampau yang dibuat oleh Grab.
Grab tidak tanggung kos minyak, kos penglenggaraan dan kos masa. Dia boleh kata "Ada untung kan?". Dia kira ikut mana pun saya tak tahu. Kurang 33% tu saya kata "mencekik darah".

Dari perkara ini kita diberi insentif

6 Trip - RM12
10 Trip - RM25
15 Trip - RM45.

Saya ingatkan. Incentif adalah insentif dan bukan tambang biasa.Bila-bila masa ia boleh hilang.Jangan biarkan insentif ini menipu anda.

Kita mungkin tidak ada kuasa. Grab yang buatkan semua. Sesiapa sahaja yang melawan akan dihentikan perkhidmatan. Kita bukan perkhidmatan Awan. Kita cuma buat swasta. Kalau hendak dipertikai oleh SPAD pun boleh sebab kira dapat pelanggan dari Grab. Kita tak bunyikan hon, tak main lampu atau letak tanda-tanda kita adalah teksi Awam. Kita hanya dapat pelanggan dari database. Tetapi kita ada kuasa sebagai pemandu. Kalau kuat pemandu itu bersatu, maka kuatlah persatuan itu.

Saya cadangkan kepada semua pemandu Grab. Kita bersatu, buat kejutan. Kita tak perlu mogok. Rugi. Kita buat satu persatuan pemandu uber dan grab yang akan buat tindakan. Tindakan pertama adalah untuk berhenti pemanduan selama 2 jam waktu peak. Ini tak menjejaskan pendapatan anda. Kita cuma hendak beritahu bahawa kita juga mempunyai kuasa bukan ikut sahaja. Saya cadangkan tubuh sebuah persatuan. Dengan persatuan itu, kita jadi lebih dipandang daripada kita pemandu grab tanpa persatuan.

Kita buat 2 jam dalam sepi ini sebagai tanda kita bersatu. Tarikhnya akan ditentukan. Misalnya hari selasa 24/3 antara 7-9 pagi. Pada waktu tersebut, bagi yang juga pemandu Uber boleh teruskan dengan Uber. Sesiapa yang masuk tier I, sila tanya rakan-rakan, kalau-kalau ada cara boleh keluar dari Tier I. Saya memang tidak menggalakkan masuk Grab Tier I yang memastikan kita memandu hanya Grab.

Saya memang menjangkakan bahawa ada banyak lagi syarikat e-hailing yang akan beroperasi. Sekarang yang diketahui ada 2 syarikat sahaja. Mungkin yang ketiga mungkin dari persatuan ini nanti. Mungkin kita tubuh korperasi untuk itu.

Persatuan juga perlu memberi perhatian kepada mangsa penyingkiran. Mangsa penyingkiran adalah orang yang sudah tidak boleh mendaftar dengan mereka sebab-sebab tertentu. Ini mungkin atas sebab-sebab yang lain tetapi disingkirkan juga dari syarikat yang teramat besar ini. Grab dan Uber adalah syarikat yang besar. Tersangat besar sehingga nilai pasaran pernah sekali dianggarkan 58 billion sedunia sesuatu yang lebih besar dari perbelanjaan pembangunan satu Malaysia yang berjumlah 46 billion dalam Bajet 2017. Takkan sebab itu dia boleh buat apa sahaja yang dia suka.

Bagi yang ada whatapp group beserta admin dari grab tu, saya cadangkan buat lagi satu group tanpa admin grab. Group yang ada admin Grab tu nanti bila anda dah ditendang keluar, habis lah contact tu. Jadi buat group baru.

Jadi saya biarkan anda buat komen.

Tuesday, March 7, 2017

Nak Beli Kereta Baru. Sekarang ke, Esok-esok aje.

Nak beli kereta baru? Nak tunggu gaji naik sikit? Beli nanti, bila tetapi tak mampu bayar, lagi masaalah. Betul tak?

Nak beli kereta baru tunggu kemampuan diri sendiri itu memang bagus. Tetapi ramai yang tidak fikir tentang kemampuan orang untuk bagi pinjaman pada kita. Atau tidak fikir tentang masa hadapan kita yang bertambah tidak stabil dan dengan itu pihak bank sukar bagi pinjaman pada kita.

Masalah sekarang adalah alam kegawatan. Ia telah dituliskan, bagi saya, dalam Al-Quran surah Yusuf dan di dalam kitab perjanjian baru dan lama (bible) dalam kisah waktu yang ke tujuh (hari, tahun dan sabbath yang Sabtu atau ke tujuh). Itu yang saya kata 'kegawatan'. Kegawatan yang akan menimpa setiap umat, miskin atau kaya kecuali sedikit yang tidak menghadapi "kegawatan" ini. Dari Negara China hingga Indonesia, masing-masing akan 'gawat'. Ia berlaku, bagi saya, sejak 2015 selama 7 tahun. Sekarang baru 2017, saya pernah kata ia benar-benar gawat sekitar 2018. Akan tetapi ianya akan berlaku sehingga sekitar 2021 di mana rata-rata masyarakat setempat ketika itu kata, "jangan berniaga sekarang, kita tengah gawat". Padahal waktu itu kita sedang pulih dari kegawatan.

Ya, masalah sekarang adalah gawat tetapi kenapa dengan masaalah beli kereta? Bila kita 'gawat', orang ramai 'gawat', bank pun bakal 'gawat'. Mengikut definansi 'krisis ekonomi', krisis ekonomi berlaku apabila kewangan dalam negara tidak mampu untuk memperuntukkan modal. Senang ditulis sebagai bank tidak ada duit, atau bank hendak muflis. Anda mempunyai kewangan yang cukup hari ini, hari ini anda boleh meminjam di bank, tetapi esok anda mungkin tidak boleh walaupun kewangan anda masih dikira berkemampuan. Jadi sekiranya anda mampu meminjam, pinjamlah sekarang bukan esok-lusa.

Sekiranya anda ada kereta berumur lebih 10 tahun, dah habis bayar loan, anda kena kaji tentang manfaat yang diberikan oleh kereta itu jika dibandingkan dengan manfaat yang diberikan oleh kereta baru selepas ditolak bayarran hutang. Kebanyakkan kereta lebih 10 tahun, mempunyai banyak masaalah. Kejap repair ni, kejap terbakar lampu ni, kejap tukar tayar ni, dan macam-macam lagi.Kesemua masaalah perlukan penyelesaian.Cuba dibandingkan dengan kereta yang 5 tahun jaminan, yang tidak payah nak fikir masalah-masaalah-masaalah kereta yang lama. Jadi anda fikirkan baik-baik.

Sekiranya anda belum tahu tentang pemanduan kereta UBER dan GRAB, saya cadangkan anda join sekarang.GRAB dan UBER adalah permanduan kereta persendirian dan anda dapat duit yang berbaloi dari situ. Anda boleh baca di www.kongsiperjalanan.com. Anda masuk, anda dapat duit pulak. TETAPI duit yang berbaloi itu bukan untuk jangkamasa yang lama sebab kita telah masuk zaman  'GAWAT'.Semakin ramai orang akan join UBER, GRAB dan beberapa syarikat kecil yang berfikir untuk bersama-sama mendapatkan sedikit daripada keuntungan yang besar, semakin kecillah pendapatan untuk ahli UBER dan GRAB tersebut. Bagi saya, buatlah GRAB dan UBER dan simpanlah duit banyak-banyak untuk masa yang lebih "GAWAT" nanti. Tunggulah masanya apabila Malaysia mengubah kadar KDNK atas sebab-sebab yang tidak diketahui untuk masa ini seperti yang pernah berlaku dalam tahun 1997 kalau tak silap.




Tuesday, January 24, 2017

Uber : Perkhidmatan Public (awam) atau Private (swasta)


Ramai yang tidak tahu sebenarnya kat mana pemandu Uber ni. Ramai yang kata dia dikira transport awam. Saya tetap kata TIDAK. Dia adalah perkhidmatan private atau perkhidmatan swasta."Everyone private driver" sudah lama menjadi tag line uber. Jadi private, bukan public. Swasta bukan Awam.

Ramai yang tak tahu bezanya. Saya mempunyai lesen jadi remisier. Untuk sebahgian urusan dana awam, dia kena lalu remisier atau mungkin dealer. Urusan dana awam ni banyak kerenahnya. Kalau nak dapatkan dana dari awam ni, kena ada prospectus dan lain-lain. Banyak lecehnya. Tetapi jika anak anda ada perniagaan nak minta dana, perlukah ada propectus. Atau pun rakan dia buat bisness baru, nak dana, perlukah anda kata buat prospectus, unjuran 5 tahun dan sebagainya. Tidak. Ianya adalah private. Private ni tak perlu prospectus. Anda boleh masuk sebagai partner.

Untuk pembelian tanah dan banggunan yang dimasukkan kedalam pembelian saham, tetap kena bagi prospectus walaupun tak sehebat prospectus untuk disenaraikan di Bursa Malaysia. Sebab ia adalah terbitan awam. Orang ramai boleh beli. Kalau private, misalnya melalui 'word of mouth' aje boleh beli, saya rasa tak payah propectus. Boleh jual terus.

Sama lah seperti Uber atau Grab atau yang saya percaya ada lagi syarikat lain yang buat nanti, mereka adalah private. Penumpang akan tahu nama, rupa dan jenis kenderaan yang akan ambil dia dan bawa dia dari mana ke mana. Mereka diketahui sebelum memulakan perjalanan. Pemandu pun akan tahu nama penumpang sebelum perjalanan. Itu dah kira, bagi saya, perkhidmatan swasta.


Sekiranya anda ada 3 orang driver untuk 4 buah kenderaan syarikat anda. Adakah driver itu perlu lesen awam? Tidak. Kereta tu kereta private, kereta swasta. tak perlu. Kenderaan itu perlu permit kenderaan awam? Nak buat apa? anda ada kenderaan persendirian, driver sendirian nak buat apa mohon  lesen awam.

Sekiranya anda bawa orang luar, misal pengarah ni, timbalan pengarah ni, itu macamana? Itu pun, bagi saya, bergantung. Selagi anda tak bawa orang awam, walau anda tunggu di lapangan terbang dengan tertulis nama orang yang anda cari, selagi ia private anda tak perlu lesen awam. Misal anda pemandu di Universiti Teknologi Malaysia, di minta bawa student bernama "Michelle" yang anda tidak kenal di airport dan bawa ke UTM menaiki kereta Perlukah anda mengambil lesen untuk kenderaan awam? Maaf saya tidak tahu jawapannya.

Uber nak dapat nama masuk ke dalam database dia tu, bukankah public?

Saya tak pernah tengok Uber buat pengiklanan cara penumpang kecuali cari pemandu. Saya jangka grab pun sama. Ia diiklankan lalu "word of mouth". Sebab itu uber bagi diskaun RM10.00 untuk perjalanan kali pertama (first time rides). Grab pun bagi 3 perjalanan percuma untuk kalu pertama. Sekiranya dibuat satu iklan mencari penumpang, maka iklan itu dah kira public. Ia mungkin sukar mencari pemandu sebab dah public.

Iklan cari pemandu tu bukankah public? Ya, ia public. Tetapi salah tak? Kita jadi pemandu pun kita dapat duit.Tu lagi public. tetapi salah kat mana? Syarikat perlu lesen pengiklanan awam khas untuk cari pemandu secara public. Betul ke?

Habis tu kalau cari penumpang? Kalau iklan cari penumpang secara awam, maka jadi kenderaan awam. Bila kenderaan awam, kena pendaftaran awam. Faham.

Tak akan tak ada pemantauan langsung untuk grab dan uber ni.

Bagi pemandu Uber dan Grab ni, mereka tak kisah kalau ada pemantauan terutama oleh JPJ kerana kereta adalah kenderaan wasta atau private tetapi tidak jika SPAD, sebab Spad untuk kenderaan awam. Saya bertanya juga kepada penumpang Uber, rasa-rata bersetuju ia tidak diletakkan di bawah SPAD. Jadi bersesuaianlah dengan tag line yang mengatakan "private" dalam "Everyone Private Driver". Walau penumpang pun tak setuju.

Jadi tak perlu buat awwam seperti main bagi lampu, bunyi hon atau letak iklan. Buat yang private. Lagi mudah.Jadi apa pendapat anda. Adakah kenderaan awam?