Tuesday, December 6, 2016

Rupanya introducer itu penting. Mudah capai target melalui strategi.

Image dari blogthechurch.wordpress.com

Upline itu penting. jangan jadi macam saya, tak de upline atau introducer, orang yang perkenalkan kita kepada uber. Apabila datang masaalah baru nak cari orang nak refer, dan ia tidak semudah ABC. Misalnya no tel di Johor Bahru, tu ada kalau pandai cari. tapi bila telefon tu nasib-nasib kalau jawab. Kalau jawab pun dia suruh hantar sms.

Saya pernah nak call pasal satu masaalah. Telefon-telefon tak jawab. Saya cari no KL, awalan 03. Ingat boleh cakap melayu tetapi yang angkat tu cakap bahasa orang putih. Rupanya no je KL yang jawabnya orang dari negara lain. Masa itu saya pun fikir, inikah Uber yang selalu main-mainkan pemandunya. Rupanya tidak. Dia terangkan kenapa dan kenapa.

Strategi itu penting, Contoh untuk perjalanan yang lebih jauh saya akan ambil pelanggan di JB Central atau di Lapangan Terbang. Uber akan beri kepada pemandu terdekat jadi duduklah dekat situ. Untuk perjalanan dekat, carilah kawasan pusat beli belah, misalnya KSL City. Kita tak tahu ke mana hendak pergi kecuali kita telefon dulu, tetapi kita dapat jangka biasa kawasan ni jarak jauh, kawasan ni jarak dekat.

Jarak dekat ni penting untuk mencapai target "jaminan setiap jam" sebab syaratnya mesti dapat 1 1/2 penumpang dalam sejam. Kalau jarak jauh susah nak kejar target tu.

Saya biasa menaiki uber semasa ada perjalanan percuma. salah satu sebabnya, nak tau strategi orang lain. Ada yang beritahu strategi dia begini. Ada yang bagitahu kalau ambil dekat terminal bus larkin, dapat 7 atau lapan trip dah cukup untuk hari tu. Yang hairannya, kebanyakkan pemandu tidak mempunyai introducer, terus pergi ke UBER di Setia Tropika.

Saya mencadangkan sekira anda hendak terus ke Uber Setia Tropika, anda rugi sekurang-kurangnya 2 perkara.
1) Anda tidak dapat bonus kemasukkan diri anda. Sekiranya dengan kami anda diberi RM100.00 apabila Uber memberikan kepada kami.
2) Anda tidak ada orang untuk refer sekiranya berlaku masaalah. Dengan kami, anda akan duduk dalam group whatsapp pemandu uber kami.

No comments:

Post a Comment