Thursday, November 17, 2016

Tak dapat online tapi dapat "Your Accounts need attention"



Tak biasa dengar perkara ni kan?

Kalau anda baru, ianya  memang tak disangka. Dah lah tu, apa hantu dia nak cakap ni. Saya pernah kena ini, dan saya tak ade upline nak tanya. maka saya pun tulis kat uber dalam help, bagitau dia kenapa. Saya tak tahu kenapa, dia suruh explain kenapa Saya pun tulis yang saya tak tahu kenapa.

Selepas 2 jam. tak ada jawapan. Saya nak bawa Uber ni. Takpe, saya tulis lagi.

Selepas 3.5 jam pun takde jawapan. Niaya orang ni.

Saya dapat no talipon, no pangkal 03-, saya fikir ni area Kuala Lumpur ni. Saya call.

Mat salleh jawab. Udah. Nasib baik saya tahu cakap bahasa inggeris. Rupa-rupanya masaalah rating saya rendah. dari lima bintang rating saya 4.35. Rating ni penting, orang kita tak tahu. Rating kita kena 4.4 ke atas. Jadi buatlah supaya pelanggan kenal kita dan bagi rating yang bagus. Rating perlu 4 dan 5 bintang untuk dapatkan 4.4 bintang. Itu dia yang susah.

Kita tak boleh duduk diam aje tak berborak. Pelanggan tak kenal kita nanti. Murahkan dengan senyuman dan kata-kata.

Pendapat anda bagaimana? Ada pelanggan yang tidak akan beri penuh lima bintang. 5 bintang untuk Allah sahaja katanya. Apakah topik perbualan sebagai pembuka kata?

No comments:

Post a Comment