Monday, November 14, 2016

Rakan saya ramai yang bawa teksi, saya tak boleh nak bawak Uber.

Gambar dari infopublik.id


Mungkin ada yang rasa bersalah kerana kawan-kawan ramai yang memandu teksi, kita buat pulak kereta sewaan pemandu persendirian walaupun tidak secara awam tetapi boleh menyebabkan kemarahan pemandu-pemandu teksi. Perkara sebegitu memang sikap yang baik sekiranya ia mampu membantutkan pertumbuhan pemandu-pemandu Uber. Mampukah ia membantutkan pemandu Uber, itu persoalannya.

Pemandu Uber menggunakan kereta yang berumur 10 tahun ke bawah. Lebih murah pula tambangnya. Akan sampai masa semua pengguna menggunakan tambang yang murah ini, terutama waktu yang gawat. Saya kata gawat itu sesuatu yang hampir pasti dan ianya akan berlaku tiga kali lebih teruk dari kebanyakkan yang anda fikirkan dan sehingga bertahun-tahun. Penumpang akan menggunakan Uber sebab ia murah, kereta yang 10 tahun ke bawah dan rekod perjalanan disimpan. Dari sudut pengguna ia tidak boleh dipertikaikan.

Kalau tidak dibenarkan Uber beroperasi, maka tiadalah pemandu Uber, bukankah begitu? Saya rasa Uber bergerak dalam kawan yang kelabu, tidak putih dan tidak hitam. Kalau hitam macam teksi sapu, pakai kereta persendirian. Itu dah tentu salah. Ini kelabu. Ia dibuat secara persendirian, penumpang akan tahu siapa pemandunya, di mana, bila masanya, sebelum menumpang. Ia memang tidak salah. Yang salahnya mungkin sebab ada bayaran, tetapi itu pun bayaran yang murah dan dipertikai kesalahannya sebab ramai yang berkongsi kenderaan akan meminta bayaran..

Uber membuat pinjaman sebanyak 2.1 billion menjadikan syarikatnya dianggarkan bernilai 65 bllion. Itu cukup banyak untuk memajukan operasinya. Bayangkan bajet 2017, dana pembangunan kita cuma 46 billion. Dari sudut kewangan, tidak ada apa-apa masaalah. Lagipun pengarah Khazanah Mohd Raslan Md Sharif telah mengesahkan kepada theSun mereka telah melabur secara tidak langsung dalam Uber melalui General Atlantic LLC.

Dari sudut pemandu, memang telah banyak mendapat perhatian walaupun Uber memberikan tambang rendah. Kita telah memasuki, sedang dan akan memasuki musim gawat (musim yang sedang berlaku dan memerlukan beberapa penekanan mengikut kajian saya), kita perlu sedikit mata pencarian walaupun tidak seberapa. Inilah musim yang kita berbelanja dengan menghabiskan simpanan kita, mengikut pendapat saya. Pemandu akan lebih maju dengan adanya kaum yang tidak gawat, iaitu golongan pendatang asing yang telah lama menggunakan Uber. Jadi dari sudut pemandu juga tiada masaalah.

Orang putih ada cakap "If you can't beat them, join them". Anda rasa anda tak boleh lawan mereka, bergabunglah dengan mereka. Mungkin anda dapat kelebihan dengan bergabung dengan mereka. Masa ini adalah masa pertumbuhan Uber, semua aktiviti promosi menguntungkan pemandu dan juga penumpang. Biarkan teksi buat pengakutan awam yang di oleh SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan AWAM Darat), Uber, pemandu dan penumpangnya buat yang persendirian atau "Private".

Sekiranya anda berfikir untuk bergabung sebagai pemandu, isi borang di bawah. Dapatkan RM100.00 apabila anda cukup membawa sejumlah penumpang.


No comments:

Post a Comment