Thursday, November 17, 2016

Kenderaan mewah Mercedes Benz bawa penumpang.


Tekejut apabila Mercedes Benz datang menjemput. Kisah di sinarharian.com.my

Tak dapat online tapi dapat "Your Accounts need attention"



Tak biasa dengar perkara ni kan?

Kalau anda baru, ianya  memang tak disangka. Dah lah tu, apa hantu dia nak cakap ni. Saya pernah kena ini, dan saya tak ade upline nak tanya. maka saya pun tulis kat uber dalam help, bagitau dia kenapa. Saya tak tahu kenapa, dia suruh explain kenapa Saya pun tulis yang saya tak tahu kenapa.

Selepas 2 jam. tak ada jawapan. Saya nak bawa Uber ni. Takpe, saya tulis lagi.

Selepas 3.5 jam pun takde jawapan. Niaya orang ni.

Saya dapat no talipon, no pangkal 03-, saya fikir ni area Kuala Lumpur ni. Saya call.

Mat salleh jawab. Udah. Nasib baik saya tahu cakap bahasa inggeris. Rupa-rupanya masaalah rating saya rendah. dari lima bintang rating saya 4.35. Rating ni penting, orang kita tak tahu. Rating kita kena 4.4 ke atas. Jadi buatlah supaya pelanggan kenal kita dan bagi rating yang bagus. Rating perlu 4 dan 5 bintang untuk dapatkan 4.4 bintang. Itu dia yang susah.

Kita tak boleh duduk diam aje tak berborak. Pelanggan tak kenal kita nanti. Murahkan dengan senyuman dan kata-kata.

Pendapat anda bagaimana? Ada pelanggan yang tidak akan beri penuh lima bintang. 5 bintang untuk Allah sahaja katanya. Apakah topik perbualan sebagai pembuka kata?

Monday, November 14, 2016

Rakan saya ramai yang bawa teksi, saya tak boleh nak bawak Uber.

Gambar dari infopublik.id


Mungkin ada yang rasa bersalah kerana kawan-kawan ramai yang memandu teksi, kita buat pulak kereta sewaan pemandu persendirian walaupun tidak secara awam tetapi boleh menyebabkan kemarahan pemandu-pemandu teksi. Perkara sebegitu memang sikap yang baik sekiranya ia mampu membantutkan pertumbuhan pemandu-pemandu Uber. Mampukah ia membantutkan pemandu Uber, itu persoalannya.

Pemandu Uber menggunakan kereta yang berumur 10 tahun ke bawah. Lebih murah pula tambangnya. Akan sampai masa semua pengguna menggunakan tambang yang murah ini, terutama waktu yang gawat. Saya kata gawat itu sesuatu yang hampir pasti dan ianya akan berlaku tiga kali lebih teruk dari kebanyakkan yang anda fikirkan dan sehingga bertahun-tahun. Penumpang akan menggunakan Uber sebab ia murah, kereta yang 10 tahun ke bawah dan rekod perjalanan disimpan. Dari sudut pengguna ia tidak boleh dipertikaikan.

Kalau tidak dibenarkan Uber beroperasi, maka tiadalah pemandu Uber, bukankah begitu? Saya rasa Uber bergerak dalam kawan yang kelabu, tidak putih dan tidak hitam. Kalau hitam macam teksi sapu, pakai kereta persendirian. Itu dah tentu salah. Ini kelabu. Ia dibuat secara persendirian, penumpang akan tahu siapa pemandunya, di mana, bila masanya, sebelum menumpang. Ia memang tidak salah. Yang salahnya mungkin sebab ada bayaran, tetapi itu pun bayaran yang murah dan dipertikai kesalahannya sebab ramai yang berkongsi kenderaan akan meminta bayaran..

Uber membuat pinjaman sebanyak 2.1 billion menjadikan syarikatnya dianggarkan bernilai 65 bllion. Itu cukup banyak untuk memajukan operasinya. Bayangkan bajet 2017, dana pembangunan kita cuma 46 billion. Dari sudut kewangan, tidak ada apa-apa masaalah. Lagipun pengarah Khazanah Mohd Raslan Md Sharif telah mengesahkan kepada theSun mereka telah melabur secara tidak langsung dalam Uber melalui General Atlantic LLC.

Dari sudut pemandu, memang telah banyak mendapat perhatian walaupun Uber memberikan tambang rendah. Kita telah memasuki, sedang dan akan memasuki musim gawat (musim yang sedang berlaku dan memerlukan beberapa penekanan mengikut kajian saya), kita perlu sedikit mata pencarian walaupun tidak seberapa. Inilah musim yang kita berbelanja dengan menghabiskan simpanan kita, mengikut pendapat saya. Pemandu akan lebih maju dengan adanya kaum yang tidak gawat, iaitu golongan pendatang asing yang telah lama menggunakan Uber. Jadi dari sudut pemandu juga tiada masaalah.

Orang putih ada cakap "If you can't beat them, join them". Anda rasa anda tak boleh lawan mereka, bergabunglah dengan mereka. Mungkin anda dapat kelebihan dengan bergabung dengan mereka. Masa ini adalah masa pertumbuhan Uber, semua aktiviti promosi menguntungkan pemandu dan juga penumpang. Biarkan teksi buat pengakutan awam yang di oleh SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan AWAM Darat), Uber, pemandu dan penumpangnya buat yang persendirian atau "Private".

Sekiranya anda berfikir untuk bergabung sebagai pemandu, isi borang di bawah. Dapatkan RM100.00 apabila anda cukup membawa sejumlah penumpang.


Tuesday, November 8, 2016

Kenapa Uber beri Free RM10 ni penting untuk kita.

Install Uber melalui playstore 

Uber memberikan tambang perjalanan percuma sebanyak RM10 untuk setiap pengguna baru. Senang cakap, anda naik UBER first time, ianya free setakat RM10.00

Kenapa kena ambil offer ni?. Anda tidak pernah tumpang sesiapa pergi kerja pun. Lebih baik, bawa kereta sendiri, bukankah begitu?

Satu sebabnya offer percuma ni sebenarnya susah nak dapat. Bulan depan mungkn dah tak ada. Ambil sesuatu yang percuma ni sementara ada. Apabila anda ambil sekarang, sistem akan memberikan masa untuk ambil ride tersebut. Ini mungkin laku sehingga 3 bulan lagi. Ini percuma untuk promosi permulaan. Esok sudah amat-amat terkenal, tak ade lagi promosi.

Kedua, kita tak tahu musibbah pada diri kita. Mungkin satu hari kereta anda rosak. Mungkin juga pancit tetapi anda perlu hantar dokumen hari itu juga. Mungkin ahli keluarga anda datang sekarang berada di terminal bas tetapi anda sibuk untuk ambil mereka. Anda boleh guna Uber sebagai alternatif untuk menghantar anda ke tempat yang diingini atau menghantar ahli keluarga ke tempat anda.

Ketiganya, anda tidak tahu siapa rakan anda yang jadi pemandu uber seperti saya sendiri. Dengan ada free ride, anda boleh berkongsi kenderaan rakan anda, dan ianya percuma. Anda mungkin segan nak bayar, tapi ni Uber yang bayar, ambil je.

Tahukah anda anda boleh dapat beberapa perjalanan percuma dengan memperkenalkan rakan anda melalui 'referal code'. Apabila rakan anda mendaftar dan terima perjalanan percuma, dan mencuba perjalanan percuma tersebut, anda akan diberi satu perjalanan percuma. Bermakna rakan anda dapat perjalanan percuma kemudian anda dapat perjalanan percuma.

Bayangkan anda telah mengambil 'free ride' anda. Anda ada rakan hendak pergi ke suatu tempat dan anda juga hendak pergi ke sana.  Parking dah tau amat payah. Kebetulan dia belum mengambil 'free ride' yang diberi oleh Uber. Apa lagi, daftarkan rakan anda dengan 'referal code' anda dan panggil Uber. Anda akan dapat perjalanan percuma selepas rakan anda menamatkan 'free ride'nya. Anda boleh gunakan dalam perjalanan pulang. Mudah bukan.

Cari perisian UBER di Play Store. Install di handphone anda dan masukkan promo codes untuk ride percuma. Masukkan promo codes anda atau guna sahaja promo code :  dzulfarizaue.  Atau clik sahaja https://www.uber.com/invite/dzulfarizaue

Monday, November 7, 2016

Musim sekarang ni musim gawat, sebab itu saya galakkan sertai Uber sebagai pemandu

Saya menggalakkan anda sertai pemandu Uber sebab ia banyak membantu saya dan mungkin anda kerana :-

1) Keuntungan memang sedikit, tapi macam tu lah masa gawat. lihat

2) Waktu gawat, kita cari mereka yang kurang gawat untuk bantu kita. Mereka yang kurang gawat ni adalah pendatang asing dari negera-negara yang tidak gawat. Waktu itu harga kita murah, duit kita pun murah, mereka pun tak kata apa, bayar je. Uber memang banyak penumpang pendatang asing dalam pengkalan datanya.

3) Anda boleh buat sambilan terutamanya waktu pagi yang ramai pelanggan. Di sini adalah screen shot saya sebagai pemandu part-time. Ini adalah bayaran dari Uber selepas yuran Uber. Haha, sikit sangat. Saya buat secara part-time, kebanyakkannya di sebelah pagi sebelum pergi kerja.


4) Anda dapat RM100 dari site ini sekiranya anda join dan memandu.

5) Anda boleh dapat lebih banyak dengan memandu lebih dalam masa terdekat. Kita tak tahu bila kita terdesak, mungkin juga hari ni. Contohnya anda perlu RM150 untuk anak anda dalam masa seminggu lagi, anda boleh memandu lebih pada hari ini.

6) Tidak perlu buat awam, bunyikan hon dan lain-lain tetapi hanya buat secara swasta (private) dengan perisian Uber. Nama penumpang dan no telefon penumpang serta tempat diberikan melalui perisian. Penumpang juga tahu no kereta, jenis kereta, no telefon dan nama pemandu sebelum mereka bertemu. Penumpang diinsurankan sekiranya berlaku apa-apa.

Kami hanya perlukan

Nama Penuh
No telefon bimbit
No Kad Pengenalan
No Pendaftaran Kendaraan
Alamat email
Lesen Memandu (P tak boleh ya)

Siapkan
Image Kad Pengenalan, Lesen Memandu dan Cover Note kenderaan (nama anda mesti sebagai pemandu)