Thursday, October 20, 2016

Pengalaman menaiki UBER

Saya sengaja nak cuba servis Uber Ni. Hari ni nak pergi perpustakaan untuk pulang buku jadi saya try Uber.

Kebetulan waktu ini saya ada dapat 2 ride percuma, RM4.00 satu ride. Ada banyak lagi insentif, klik sini. Barayan terus ke kad kredit. Saya sampai di Purpustakaan, dan saya dapati memang tak perlu bayar sebab bayaran dibuat ke kad kredit.

Itu yang saya rasa pelik. Perempuan. Perempuan 20 tahun jadi pemandu Uber. Saya tanya sudah berapa lama jadi pemandu Uber. Dia kata dia baru 3 hari.

Sebenarnya tak pelik pun. Saya je rasa pelik. Saya bergerak dengan seorang rakan masa tu, dia terus nak jadi pemandu Uber sebab wanita pun boleh buat.

Dari Menara Msc Cyberport, Johor Bahru saya cuba pakai sistem dalam andriod untuk Uber untuk pesan pemanduan. Saya dapat pemandu yang tiba di MSC Cyberport 2 mini kemudian. Saya dapat kereta kecil yang dipandu oleh seorang wanita umur dalam 20 lebih.

Saya minta dia tunggu sebentar dan akan pesan untuk baliksemula ke Msc Cyberport. Dia kata dia penumpang lain yang dah order pemanduan. Saya jawab "OK". Saya kata "banyak jugak order". "kat area KSL tu berlambak" katanya.

Turun sahaja saya lihat android saya, ia tulis harganya RM0.00. Ini sudah menarik.

Selepas memulangkan buku, saya pesan lagi satu pemanduan. Kali ini seorang  india pakai Waja. Masuk dalam kereta saya tanya pemandu itu "dah lama join Uber". Dia sudah lama join tapi baru aktif semula. Dia kerja di Singapura.

Dalam hati saya kata "Biar betul, keje Singapura pun bawa Uber".

Selepas menghantar pulang ke MSC Cyberport, saya lihat android dia kata caj pemanduan tadi RM0.32. Selepas itu saya berbincang dengan rakan dan saya kata "sekarang ni waktu gawat apa kata kita terus mendaftar sebagai pemandu Uber".

Untuk mendaftar sebagai pemandu Uber. Isi borang di bawah


No comments:

Post a Comment