Tuesday, December 6, 2016

Rupanya introducer itu penting. Mudah capai target melalui strategi.

Image dari blogthechurch.wordpress.com

Upline itu penting. jangan jadi macam saya, tak de upline atau introducer, orang yang perkenalkan kita kepada uber. Apabila datang masaalah baru nak cari orang nak refer, dan ia tidak semudah ABC. Misalnya no tel di Johor Bahru, tu ada kalau pandai cari. tapi bila telefon tu nasib-nasib kalau jawab. Kalau jawab pun dia suruh hantar sms.

Saya pernah nak call pasal satu masaalah. Telefon-telefon tak jawab. Saya cari no KL, awalan 03. Ingat boleh cakap melayu tetapi yang angkat tu cakap bahasa orang putih. Rupanya no je KL yang jawabnya orang dari negara lain. Masa itu saya pun fikir, inikah Uber yang selalu main-mainkan pemandunya. Rupanya tidak. Dia terangkan kenapa dan kenapa.

Strategi itu penting, Contoh untuk perjalanan yang lebih jauh saya akan ambil pelanggan di JB Central atau di Lapangan Terbang. Uber akan beri kepada pemandu terdekat jadi duduklah dekat situ. Untuk perjalanan dekat, carilah kawasan pusat beli belah, misalnya KSL City. Kita tak tahu ke mana hendak pergi kecuali kita telefon dulu, tetapi kita dapat jangka biasa kawasan ni jarak jauh, kawasan ni jarak dekat.

Jarak dekat ni penting untuk mencapai target "jaminan setiap jam" sebab syaratnya mesti dapat 1 1/2 penumpang dalam sejam. Kalau jarak jauh susah nak kejar target tu.

Saya biasa menaiki uber semasa ada perjalanan percuma. salah satu sebabnya, nak tau strategi orang lain. Ada yang beritahu strategi dia begini. Ada yang bagitahu kalau ambil dekat terminal bus larkin, dapat 7 atau lapan trip dah cukup untuk hari tu. Yang hairannya, kebanyakkan pemandu tidak mempunyai introducer, terus pergi ke UBER di Setia Tropika.

Saya mencadangkan sekira anda hendak terus ke Uber Setia Tropika, anda rugi sekurang-kurangnya 2 perkara.
1) Anda tidak dapat bonus kemasukkan diri anda. Sekiranya dengan kami anda diberi RM100.00 apabila Uber memberikan kepada kami.
2) Anda tidak ada orang untuk refer sekiranya berlaku masaalah. Dengan kami, anda akan duduk dalam group whatsapp pemandu uber kami.

Thursday, November 17, 2016

Kenderaan mewah Mercedes Benz bawa penumpang.


Tekejut apabila Mercedes Benz datang menjemput. Kisah di sinarharian.com.my

Tak dapat online tapi dapat "Your Accounts need attention"



Tak biasa dengar perkara ni kan?

Kalau anda baru, ianya  memang tak disangka. Dah lah tu, apa hantu dia nak cakap ni. Saya pernah kena ini, dan saya tak ade upline nak tanya. maka saya pun tulis kat uber dalam help, bagitau dia kenapa. Saya tak tahu kenapa, dia suruh explain kenapa Saya pun tulis yang saya tak tahu kenapa.

Selepas 2 jam. tak ada jawapan. Saya nak bawa Uber ni. Takpe, saya tulis lagi.

Selepas 3.5 jam pun takde jawapan. Niaya orang ni.

Saya dapat no talipon, no pangkal 03-, saya fikir ni area Kuala Lumpur ni. Saya call.

Mat salleh jawab. Udah. Nasib baik saya tahu cakap bahasa inggeris. Rupa-rupanya masaalah rating saya rendah. dari lima bintang rating saya 4.35. Rating ni penting, orang kita tak tahu. Rating kita kena 4.4 ke atas. Jadi buatlah supaya pelanggan kenal kita dan bagi rating yang bagus. Rating perlu 4 dan 5 bintang untuk dapatkan 4.4 bintang. Itu dia yang susah.

Kita tak boleh duduk diam aje tak berborak. Pelanggan tak kenal kita nanti. Murahkan dengan senyuman dan kata-kata.

Pendapat anda bagaimana? Ada pelanggan yang tidak akan beri penuh lima bintang. 5 bintang untuk Allah sahaja katanya. Apakah topik perbualan sebagai pembuka kata?

Monday, November 14, 2016

Rakan saya ramai yang bawa teksi, saya tak boleh nak bawak Uber.

Gambar dari infopublik.id


Mungkin ada yang rasa bersalah kerana kawan-kawan ramai yang memandu teksi, kita buat pulak kereta sewaan pemandu persendirian walaupun tidak secara awam tetapi boleh menyebabkan kemarahan pemandu-pemandu teksi. Perkara sebegitu memang sikap yang baik sekiranya ia mampu membantutkan pertumbuhan pemandu-pemandu Uber. Mampukah ia membantutkan pemandu Uber, itu persoalannya.

Pemandu Uber menggunakan kereta yang berumur 10 tahun ke bawah. Lebih murah pula tambangnya. Akan sampai masa semua pengguna menggunakan tambang yang murah ini, terutama waktu yang gawat. Saya kata gawat itu sesuatu yang hampir pasti dan ianya akan berlaku tiga kali lebih teruk dari kebanyakkan yang anda fikirkan dan sehingga bertahun-tahun. Penumpang akan menggunakan Uber sebab ia murah, kereta yang 10 tahun ke bawah dan rekod perjalanan disimpan. Dari sudut pengguna ia tidak boleh dipertikaikan.

Kalau tidak dibenarkan Uber beroperasi, maka tiadalah pemandu Uber, bukankah begitu? Saya rasa Uber bergerak dalam kawan yang kelabu, tidak putih dan tidak hitam. Kalau hitam macam teksi sapu, pakai kereta persendirian. Itu dah tentu salah. Ini kelabu. Ia dibuat secara persendirian, penumpang akan tahu siapa pemandunya, di mana, bila masanya, sebelum menumpang. Ia memang tidak salah. Yang salahnya mungkin sebab ada bayaran, tetapi itu pun bayaran yang murah dan dipertikai kesalahannya sebab ramai yang berkongsi kenderaan akan meminta bayaran..

Uber membuat pinjaman sebanyak 2.1 billion menjadikan syarikatnya dianggarkan bernilai 65 bllion. Itu cukup banyak untuk memajukan operasinya. Bayangkan bajet 2017, dana pembangunan kita cuma 46 billion. Dari sudut kewangan, tidak ada apa-apa masaalah. Lagipun pengarah Khazanah Mohd Raslan Md Sharif telah mengesahkan kepada theSun mereka telah melabur secara tidak langsung dalam Uber melalui General Atlantic LLC.

Dari sudut pemandu, memang telah banyak mendapat perhatian walaupun Uber memberikan tambang rendah. Kita telah memasuki, sedang dan akan memasuki musim gawat (musim yang sedang berlaku dan memerlukan beberapa penekanan mengikut kajian saya), kita perlu sedikit mata pencarian walaupun tidak seberapa. Inilah musim yang kita berbelanja dengan menghabiskan simpanan kita, mengikut pendapat saya. Pemandu akan lebih maju dengan adanya kaum yang tidak gawat, iaitu golongan pendatang asing yang telah lama menggunakan Uber. Jadi dari sudut pemandu juga tiada masaalah.

Orang putih ada cakap "If you can't beat them, join them". Anda rasa anda tak boleh lawan mereka, bergabunglah dengan mereka. Mungkin anda dapat kelebihan dengan bergabung dengan mereka. Masa ini adalah masa pertumbuhan Uber, semua aktiviti promosi menguntungkan pemandu dan juga penumpang. Biarkan teksi buat pengakutan awam yang di oleh SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan AWAM Darat), Uber, pemandu dan penumpangnya buat yang persendirian atau "Private".

Sekiranya anda berfikir untuk bergabung sebagai pemandu, isi borang di bawah. Dapatkan RM100.00 apabila anda cukup membawa sejumlah penumpang.


Tuesday, November 8, 2016

Kenapa Uber beri Free RM10 ni penting untuk kita.

Install Uber melalui playstore 

Uber memberikan tambang perjalanan percuma sebanyak RM10 untuk setiap pengguna baru. Senang cakap, anda naik UBER first time, ianya free setakat RM10.00

Kenapa kena ambil offer ni?. Anda tidak pernah tumpang sesiapa pergi kerja pun. Lebih baik, bawa kereta sendiri, bukankah begitu?

Satu sebabnya offer percuma ni sebenarnya susah nak dapat. Bulan depan mungkn dah tak ada. Ambil sesuatu yang percuma ni sementara ada. Apabila anda ambil sekarang, sistem akan memberikan masa untuk ambil ride tersebut. Ini mungkin laku sehingga 3 bulan lagi. Ini percuma untuk promosi permulaan. Esok sudah amat-amat terkenal, tak ade lagi promosi.

Kedua, kita tak tahu musibbah pada diri kita. Mungkin satu hari kereta anda rosak. Mungkin juga pancit tetapi anda perlu hantar dokumen hari itu juga. Mungkin ahli keluarga anda datang sekarang berada di terminal bas tetapi anda sibuk untuk ambil mereka. Anda boleh guna Uber sebagai alternatif untuk menghantar anda ke tempat yang diingini atau menghantar ahli keluarga ke tempat anda.

Ketiganya, anda tidak tahu siapa rakan anda yang jadi pemandu uber seperti saya sendiri. Dengan ada free ride, anda boleh berkongsi kenderaan rakan anda, dan ianya percuma. Anda mungkin segan nak bayar, tapi ni Uber yang bayar, ambil je.

Tahukah anda anda boleh dapat beberapa perjalanan percuma dengan memperkenalkan rakan anda melalui 'referal code'. Apabila rakan anda mendaftar dan terima perjalanan percuma, dan mencuba perjalanan percuma tersebut, anda akan diberi satu perjalanan percuma. Bermakna rakan anda dapat perjalanan percuma kemudian anda dapat perjalanan percuma.

Bayangkan anda telah mengambil 'free ride' anda. Anda ada rakan hendak pergi ke suatu tempat dan anda juga hendak pergi ke sana.  Parking dah tau amat payah. Kebetulan dia belum mengambil 'free ride' yang diberi oleh Uber. Apa lagi, daftarkan rakan anda dengan 'referal code' anda dan panggil Uber. Anda akan dapat perjalanan percuma selepas rakan anda menamatkan 'free ride'nya. Anda boleh gunakan dalam perjalanan pulang. Mudah bukan.

Cari perisian UBER di Play Store. Install di handphone anda dan masukkan promo codes untuk ride percuma. Masukkan promo codes anda atau guna sahaja promo code :  dzulfarizaue.  Atau clik sahaja https://www.uber.com/invite/dzulfarizaue

Monday, November 7, 2016

Musim sekarang ni musim gawat, sebab itu saya galakkan sertai Uber sebagai pemandu

Saya menggalakkan anda sertai pemandu Uber sebab ia banyak membantu saya dan mungkin anda kerana :-

1) Keuntungan memang sedikit, tapi macam tu lah masa gawat. lihat

2) Waktu gawat, kita cari mereka yang kurang gawat untuk bantu kita. Mereka yang kurang gawat ni adalah pendatang asing dari negera-negara yang tidak gawat. Waktu itu harga kita murah, duit kita pun murah, mereka pun tak kata apa, bayar je. Uber memang banyak penumpang pendatang asing dalam pengkalan datanya.

3) Anda boleh buat sambilan terutamanya waktu pagi yang ramai pelanggan. Di sini adalah screen shot saya sebagai pemandu part-time. Ini adalah bayaran dari Uber selepas yuran Uber. Haha, sikit sangat. Saya buat secara part-time, kebanyakkannya di sebelah pagi sebelum pergi kerja.


4) Anda dapat RM100 dari site ini sekiranya anda join dan memandu.

5) Anda boleh dapat lebih banyak dengan memandu lebih dalam masa terdekat. Kita tak tahu bila kita terdesak, mungkin juga hari ni. Contohnya anda perlu RM150 untuk anak anda dalam masa seminggu lagi, anda boleh memandu lebih pada hari ini.

6) Tidak perlu buat awam, bunyikan hon dan lain-lain tetapi hanya buat secara swasta (private) dengan perisian Uber. Nama penumpang dan no telefon penumpang serta tempat diberikan melalui perisian. Penumpang juga tahu no kereta, jenis kereta, no telefon dan nama pemandu sebelum mereka bertemu. Penumpang diinsurankan sekiranya berlaku apa-apa.

Kami hanya perlukan

Nama Penuh
No telefon bimbit
No Kad Pengenalan
No Pendaftaran Kendaraan
Alamat email
Lesen Memandu (P tak boleh ya)

Siapkan
Image Kad Pengenalan, Lesen Memandu dan Cover Note kenderaan (nama anda mesti sebagai pemandu)


Sunday, October 23, 2016

Bajet 2017. Uber dan Proton akan berkejasama.

Bajet 2017, Perdana Menteri mengistiharkan budget berkenaan kongsi perjalanan (ride sharing). Ini satu bajet untuk mereka yang tidak mempunyai kereta untuk menggunakan Bantuan  Rakyat 1 Malaysia sebagai deposit untuk membeli proton IRIS dan menggunakan RM4000 sebagai rebate.

Baget ini mementingkan kongsi perjalanan untuk menggalakkan sosio economi golongan B40. Kerajaan amat pertingkan golongan G40 untuk mengambil bahagian dalam konsi perjalanan dan ini telah memberikan satu berita baik untuk golongan G40.

 

Saturday, October 22, 2016

Pengalaman Menggunakan Uber Aps di Johor Bahru.




Pengalaman menggunakan Uber Aps Di Johor Bahru

Dari 29 JANUARY 2016 BY BAHRAIN. dan diubahsuai.

CARA MENGGUNAKAN APP UBER

Nak naik Uber kena Install dulu App Uber kat Smartphone. Cara yang betul ialah guna smartphone yang ada GPS.

1) Kena Install App Uber - Install Uber DI Playstore


2) Register (Isi tempat kosong seperti nama, No telefon, Email, Password, isi No Kad Debit/Kredit dan no digit kat bahagian belakang kad yang ada 3 no sahaja).


Pertama kali daftar korang akan dapat biasa dapat free promotion seperti voucher RM20. Pergilah join uber sekarang. Lama-lama nanti takut dah takde.


3) Enable-kan GPS, Kemudian klik Pickup Location tempat mana yang hendak di ambil dan tempat mana yang hendak dituju.



4) Kalau sorang je pilih Uber X, tapi kalau ramai lebih dari 3 orang ambil UberXL.

Kalau ada nampak kereta UberX pada maps, korang klik request untuk ambil korang. Sebelum itu, kita boleh tengok fare dia berapa kalau tak suka tak payah ambil, pilih uber yang lain. Mudah kan? Dah jumpa UberX yang berkenan boleh request dan pilih. Boleh call kalo ada pape hal.

Selain itu, korang tak perlu bayar cash sebab bayar melalui kad debit or kredit. Senang kan?

Untuk mendaftar sebagai pemandu uber, kami akan bantu. Anda perlu ada lesen memandu (p tak boleh ya) dan kenderaan yang dibuat tahun 2008 ke atas. Perlu cover note insuran yang nama anda sebagai pemandu. Isi borang di bawah jika berminat.





Bayar parking kereta? Kenapa tak 'UBER'kan

Sekiranya anda bayar parking untuk ketempat kerja. Mungkin satu hari antara RM5 - RM15 anda belanjakan untuk parking. Mungkin satu haru itu free je tapi kalau kena saman, saman antara RM30.00. Mengapa tak tidak di beri kepada pemandu uber. Tahukah anda zaman kita ini zaman gawat, mengikut fahaman saya.

Rakan anda yang anda percaya mungkin tidak berkerja dan kereta anda mungkin dari tahun 2007 ke atas. Apa lagi yang anda tunggu. Anda tidak perlu bayar parking. Anda boleh dapat duit pulak atas sharing atau penyewaan.

Apa yang anda perlu adalah masukkan nama rakan anda sebagai 2nd rider dalam insuran kereta tersebut. Kemudian di boleh daftar sebagai pemandu Uber. Anda boleh kenakan bayaran atas penggunaan kereta tersebut atau mengambil sharing.

Sudahlah sikit, sharing pulak? Itu terpulang kepada individu. Saya rasa pendapatan setidak-tidaknya RM 1,000 seminggu mungkin cukup. Itu pun saya rasa insentif itu sementara. 

Terutamanya jika kereta anda lebih kecil seperti Axia, Iris dan lain-lain saya rasa berbalio. Tetapi itu terpulang kepada individu. Memang ada yang mengatakan User ni Scam, Tak masuk akal. Cuba baca ni. Perniagaan Uber adalah Scam.

Apa anda perlu buat adalah masukkan nama rakan anda sebagai pemandu kedua. Itu senang aje. Anda daftar sebagai pemandu Uber atas nama rakan anda di bawah ini dan saya akan memberitahu bagaimana. Saya hanya akan memberitahu mereka yang daftar bawah saya.

Untuk daftar sebagai pemandu Uber isi borang di bawah

Ubah dari zon selesa. Bertukarlah dari Teksi ke UBER.

Saya seorang remisier. Remisier adalah antara yang mula-mula merasa bahang kegawatan ekonomi sekarang. Saya sekarang menggalakkan UBER atas beberapa sebab dan antaranya kita tidak boleh hidup dalam zon selesa selama-lamanya. Kita perlu berubah.

Seperti remiser, ia ada zon selesa. Pasaran ketika hebat, orang pandang remiser. Tetapi ketika gawat seperti sekarang, orang tidak berapa peduli. Esok apabila sudah gawat yang amat, ramai yang jual nasi lemak dan jual burger (income dia besar tau, bukan saya mengutuk). Kata saya macam mengutuk, tetapi saya kutuk diri saya sendiri sebab saya masih remiser. Suatu masa remisier minta brokerage minima RM40. Tetapi sekarang brokerage minima dalam lingkungan Rm8 - Rm12. Pasaran sekarang sudah dibuka sampai ke luar negara, anda boleh beli saham di pasaran US dan Hong Kong. Berapa orangkanh remiser terutama remisier melayu yang menjual saham US. Kita duduk di zon selesa. Lama-lama kita ditolak keluar. Sekarang sudah tiada qouta bumiputra untuk remiser. Apa maksudnya itu?

Kita perlu mengubah zon selesa kita. Zaman kita ini zaman gawat. Macam-macam berlaku pada musim gawat. Anda duduk di zon selesa, anda duduk sahajalah, tak bergerak. Anda kena ubah zon selesa anda sekarang. Sebab makin lambat anda makin anda tak tahu apa nak lakukan. Join UBER sekarang sementara banyak insentif-insentif diberikan. Carilah pemandu UBER, sementara diberi insentif yang lumayan.

Anda hendak jadi pemandu Uber? Isi borang di bawah




Uber beri insentif besar yang mungkin sementara.

Uber beri insentif.

Sekarang banyak insentif dari Uber. Uber yang keluar duit untuk kedua-dua rider dan pemandu.

Anda dibayar insentif jika melepasi pemanduan minima. Buat apa?


Anda dibayar untuk membuat untuk membuat "first trip". Buat apa?



Jika anda mahu mendaftar sebagai pemandu Uber. Isi borang d bawah



Zaman gawat memang tak masuk aqal.

Zaman gawat seperti sekarang ni, pendapat saya, memang banyak perkara yang tak masuk akal. Zaman gawat boleh dibaca sedikit di sini.

Masa gawat, mengikit cerita nabi Yusuf a.s. , anda diminta untuk mengeluarkan simpanan anda.Masa senang anda perlu menyimpan. Masa gawat, tahun 2014 hingga 2021 anda gunkan simpanan anda. Itu yang diceritakan dalam kisah Nabi Yusuf di mana semua aktiviti susah nak masuk akal.

Apa dia yang tak masuk akal? 1) Macam mana Uber boleh untung? 2) Macam mana pemandu boleh untung? Memang tak masuk akal tetapi ia akan terus berjalan tanpa mengira bahawa ia tidak masuk akal. Sampai bila? Haha.

Tengok youtube je, saya tak payah cite.



Sekiranya anda hendak daftar jadi pemandu uber. Isi borang di bawah




Kenapa daftar bawah saya.

Pemandu Uber menghadapi masaalah dengan SPAD? Iye ke.

Pada Augunt 2016, kabinet telah meluluskan cadangan oleh SPAD untuk menghalalkan perniagaan Uber. Telah terdapat isue tahun 2015 di mana lesen memandu Uber telah ditarik balik. Sekarang, berdasarkan Uber, ia sebenarnya adalah sebuah aplikasi untuk berkongsi kenderaan. Anda meminta supaya seorang pemandu untuk ambil anda di satu-satu tempat. Jadi anda sudah tahu pemandu yang akan hadir. Jadi ia bukan bukan kenderaan awam dan Spad tidak berkuasa untuk ambil tindakan.

Pada August 2016, Spad mencadangkan Uber untuk legalise.

Pada Oktober 2016, Uber seakan-akan telah dihalalkan melalui pembetangan budget 2017. Baca di sini, "budget memberi ruang untuk konsi kenderaan bersama proton"

Kata orang "SPAD menyamar jadi rider untuk saman pemandu Uber" mungkin tidak benar.

Sekiranya anda ingin jadi pemandu Uber, anda perlu

1) mempunyai lesen memandu (P tak boleh ya)
2) Kenderaan tahun 2007 ke atas.
3) Nama anda ada pada cover note insuran.

Untuk mendaftar anda boleh pergi di sini.


Thursday, October 20, 2016

Pengalaman menaiki UBER

Saya sengaja nak cuba servis Uber Ni. Hari ni nak pergi perpustakaan untuk pulang buku jadi saya try Uber.

Kebetulan waktu ini saya ada dapat 2 ride percuma, RM4.00 satu ride. Ada banyak lagi insentif, klik sini. Barayan terus ke kad kredit. Saya sampai di Purpustakaan, dan saya dapati memang tak perlu bayar sebab bayaran dibuat ke kad kredit.

Itu yang saya rasa pelik. Perempuan. Perempuan 20 tahun jadi pemandu Uber. Saya tanya sudah berapa lama jadi pemandu Uber. Dia kata dia baru 3 hari.

Sebenarnya tak pelik pun. Saya je rasa pelik. Saya bergerak dengan seorang rakan masa tu, dia terus nak jadi pemandu Uber sebab wanita pun boleh buat.

Dari Menara Msc Cyberport, Johor Bahru saya cuba pakai sistem dalam andriod untuk Uber untuk pesan pemanduan. Saya dapat pemandu yang tiba di MSC Cyberport 2 mini kemudian. Saya dapat kereta kecil yang dipandu oleh seorang wanita umur dalam 20 lebih.

Saya minta dia tunggu sebentar dan akan pesan untuk baliksemula ke Msc Cyberport. Dia kata dia penumpang lain yang dah order pemanduan. Saya jawab "OK". Saya kata "banyak jugak order". "kat area KSL tu berlambak" katanya.

Turun sahaja saya lihat android saya, ia tulis harganya RM0.00. Ini sudah menarik.

Selepas memulangkan buku, saya pesan lagi satu pemanduan. Kali ini seorang  india pakai Waja. Masuk dalam kereta saya tanya pemandu itu "dah lama join Uber". Dia sudah lama join tapi baru aktif semula. Dia kerja di Singapura.

Dalam hati saya kata "Biar betul, keje Singapura pun bawa Uber".

Selepas menghantar pulang ke MSC Cyberport, saya lihat android dia kata caj pemanduan tadi RM0.32. Selepas itu saya berbincang dengan rakan dan saya kata "sekarang ni waktu gawat apa kata kita terus mendaftar sebagai pemandu Uber".

Untuk mendaftar sebagai pemandu Uber. Isi borang di bawah


Kegawatan besar di Malaysia membawa kepada pencarian pemandu UBER.

Kegawatan di Malaysia ini bagi pendapat saya sudah pastidan mungkin bagi sesetengah orang ianya berkemungkinan besar.

Apa itu kegawatan.

Kegawatan adalah "panik" dari sudut kemelesetan ekonomi. Ia seperti berlaku krisis. Mula-mula kemelesetan ekonomi, kemudian diikuti dengan "panik". Kedua-dua kemelesetan dan kegawatan ini juga dipanggil sistem kegawatan yang mungkin berukuran 7 tahun.

Kegawatan itu besar. Amat-amat besar. Kegawatan menyebabkan ramai tidak berkerja. Apabila tidak bekerja, mereka kurang berbelanja. Bisness pun antara hidup dan mati aje. Banyak yang muflis. Makin lama makin ramai penganggur. Kalau ada yang hidup pun sedikit aje yang ada pasaran antarabangsa seperti kelapa sawit.

Simpanlah emas dan carilah rezeki dari negara-negara yang tidak gawat sekali dengan Malaysia. Sekiranya anda dalam Malaysia, mungkin salah satu darinya adalah pernigaan pemanduan UBER. Kenapa?

Uber adalah syarikat antara bangsa. Pendatang asing telah lama guna sistem UBER tidak seperti Malaysia. Mereka datang Malaysia dengan telefon pintar mereka yang siap dipasang sistem UBER. Mereka datang sini dengan duit negara mereka mungkin dalam kad kredit mereka.

Mereka yang datang ini tidak gawat. Kita yang gawat. Duit mereka mungkin naik dan duit Malaysia mungkin turun menyebabkan harga pemanduan UBER menjadi murah bagi mereka. Kenaikan dan keturunan ini adalah dijanga amat besar, sebab itu kita galak beli emas. Sebab itu saya galakkan jadi pemandu UBER. sebab Pendatang Asing ini tidak guna teksi sebaliknya guna UBER.

Uber memberikan insentif yang cukup banyak. Mungkin untuk sementara sahaja, saya pun tidak tahu. Apabila ekonomi betul-betul gawat, mungkin akan ditarik balik. Ya lah, ada insentif ke tidak, orang akan pergi register juga, sebab kurang gawat. Jadi sesiapa yang ingin register, jangan lambat.  Sebab banyak lagi incentif terutama dalam mencari pemandu Uber ni.

Sekiranya berminat menjadi pemandu uber, isikan borang di bawah.

Masih banyak negeri yang belum ada Uber, jika lambat melepas le?

Sekarang ni, bulan Oktober 2016 baru dibuka Uber untuk Lembah Kelang, Johor Bahru, Penang, Kota Kinabalu, Kuching dan Ipoh. Bandar-bandar ini masih baru dan perlukan insentif dari pihak Uber sendiri. Uber yang kena beri insentif 'free ride', Insentif pendaftaran dan lain-lain. Pemberian insentif ini adalah perkara biasa untuk syarikat yang baru memasuki pasaran. Ia mungkin untuk seketika sahaja, kita pun tidak tahu. Bila sudah masuk zaman yang ramai orang telah mendaftar sebagai pemandu Uber nanti, barulah Uber akan mengubah strateginya.

Sekarang ini masih banyak bandar-bandar yang uber baru mula dibuka. Tetapi jangan lupa kita dalam keadaan memasuki era gawat, era yang banyak orang yang dibuang kerja. Antara kerja yang boleh buat adalah jadi pemandu Uber. Semakin cepat bertambahnya pemandu Uber sehingga suatu masa tidak diperlukan lagi mencari pemandu.

Sekarang ini, kita diberi insentif untuk cari  pemandu dengan insentif yang banyak. Insentif ini sangat besar. Saya cadang anda cari pemandu-pemandu anda dengan segera dan jangan sampai pemandu-pemandu di bawah anda terpinga-pinga dan menjadikan suatu yang sukar untuk jadi pemandu Uber. Jadi pemandu Uber memang mudah. Isikan borang di bawah



Wednesday, October 19, 2016

UBER JB. FREQUENTLY ASKED QUESTIONS

Sumber : Uber JB


Uber JB Frequently Asked Questions (FAQ)


FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ)

How is driver’s rating calculated?
Driver’s rating is the average of all trips rated by the rider.
Why is the driver’s rating for incentives different from the Uber Partner app?
The driver’s rating for incentive is based on your average rating from Mon to Sun. This is to give you a chance to improve each week.
This rating is different from what you see in the Uber Partner app. The rating in the app is your lifetime rating: the average of all trips since you started Uber.
How is acceptance rate calculated?
Acceptance rate is based on all the requests (beeps) that you have accepted. If you do not accept the beep, your acceptance rate will go down and you may not get your incentives.
I have accepted a request but it showed ‘Network expired’, will it affect my acceptance rate?
No, it will not affect your acceptance rate. Acceptance rate will only go down if you do not press the request. Network error is caused by poor network coverage or phones which are slow. Do invest in a phone with at least 1 GB of ram.
A rider cancelled my trip, will it affect my driver’s rating and acceptance rate?
No, it will not affect your driver’s rating and acceptance rate. However, if you have been caught asking the rider to cancel, your incentives may be affected.
I have tried calling and SMSing the rider but no reply, what should I do now?
  1. Drive to the pickup point and press ‘Arrive’
  2. Wait for 8 mins
  3. If still no reply/SMS, cancel the trip
  4. Put a reason for the cancellation and collect your RM5 cancellation fee
How are my online hours calculated?
Online hours are calculated the moment you press online till you press offline.
How do I check my online hours?
Unfortunately you are not able to check your online hours. We recommend writing what time you go online and offline in a book to keep track.
Can I drive out of JB?
Our services are only applicable in Johor Bahru. However if you have a rider who wants to travel beyond JB (e.g. Singapore, Melaka, Batu Pahat, Pontian), it’s up to you to do the following:
  1. Politely reject and mention that Uber’s services is JB only
  2. Some riders will tip you to compensate your trip back
  3. Mention to the rider that you will only end the trip when you drive back to JB
Note: The rider and driver app does not work out of JB so rider’s can’t request for an Uber
Why does the Uber Partner map change colour (to yellow, orange, red)?
What you see is called Surge. Surge is a way to balance the demand and supply. When there are too many riders requesting for an Uber and not enough drivers in that area, surge will kick in and the fare will increase. So what does the colours mean?
  • Yellow: Demand is higher than usual
  • Orange: Demand is getting higher and it’s about to surge
  • Red: Surge is on and the fare will be a multiple of 1.0x to 2.0x
How does airport pickup FIFO work?
FIFO (First In, First Out) means that the first person who arrives in the airport area, will be the first person to receive the next request. This means that you no longer need to get as close to the rider as possible to receive a request at the airport.
The queue is first in first out, meaning the next request will go to the partner who has been waiting the longest and is in the waiting area (in blue):
Senai Airport
  • Your location within the airport (blue zone) does not affect your position in the queue
  • If a rider cancels, you’ll remain at the front of the queue
  • If you leave the airport / fail to accept a trip / cancel a trip / go offline or turn off your phone your spot will move to the back of the queue
How do I know how long do I have to wait in the airport?
We are still working on the feature to show you that information.
In the mean time, you can install the rider app to find out how many cars are within the waiting area.
Can I still get request from other areas out of the airport?
Yes, you will still get request from outside the airport IF you are the nearest driver

IF I AM OUTSIDE THE WAITING AREA, CAN I STILL GET REQUEST FROM THE AIRPORT?

Yes, you will still get requests from the airport IF there are no other cars in the blue zone.
What phones are suitable for Uber?
iPhone: 4s and above
Asus: Zenfone C, Zenfone 4, Zenfone 5
Google: Nexus 5
HTC: One, One M8
Motorola: Droid Ultra
Samsung: Ace Style LTE, Galaxy Note 3, Galaxy Note 4, Galaxy S3, Galaxy S4, Galaxy S5, Galaxy S5 Mini
Xiaomi: All Models


SOALAN-SOALAN KERAP DITANYA (FAQ)

Bagaimana driver rating dikira?
Driver rating adalah purata semua perjalanan diberi oleh rider-rider.
Mengapa driver rating untuk insentif berbeza daripada rating di dalam app Uber Partner?
Driver rating untuk insentif adalah purata rating anda dari Isnin ke Ahad. Ini adalah untuk memberi peluang untuk memperbaiki sendiri setiap minggu.
Driver rating ini adalah berbeza daripada apa yang anda lihat dalam app Uber Partner. Rating dalam app adalah ‘lifetime’ rating anda: purata semua perjalanan bila anda bermula di Uber.
Bagaimana acceptance rate (kadar penerimaan) dikira?
Acceptance rate adalah berdasarkan kepada semua permintaan (bip) yang anda telah diterima. Jika anda tidak menekan bip, acceptance rate anda akan turun dan anda mungkin tidak mendapat insentif.
Saya telah menerima permintaan tetapi ia menunjukkan ‘Network expired’, adakah ia akan menurunkan acceptance rate saya?
Tidak, ia tidak akan menurunkan acceptance rate anda. Acceptance rate hanya akan turun jika anda tidak menekan permintaan itu. ‘Network expired’ disebabkan oleh network yang lemah atau telefon yang perlahan. Sila melabur dalam telefon yang melebihi 1 GB RAM.
Rider membatalkan perjalanan saya, adakah ia akan menurunkan driver rating dan acceptance rate saya?
Tidak, ia tidak akan menjejaskan driver rating dan acceptance rate anda. Tetapi, jika anda yang suruh rider membatalkan perjalanan, insentif anda mungkin dijejaskan.
Saya sudah cuba menelefon dan SMS rider tetapi tiada jawapan, apa yang perlu saya lakukan sekarang?
  1. Pandu ke pickup point dan tekan ‘Arrive’
  2. Tunggu selama 8 minit
  3. Jika masih tiada balasan/SMS, batalkan perjalanan
  4. Letakkan alasan untuk pembatalan dan mengambik yuran pembatalan RM5 anda
Bagaimanakah jam online saya dikira?
Jam online dikira semasa anda menekan online sehingga anda menekan offline.
Bagaimanakah saya menyemak jam online saya?
Malangnya anda tidak boleh menyemak jam online anda. Kami mengesyorkan anda menulis masa online dan offline dalam sebuah buku.
Bolehkah saya memandu di luar JB?
Perkhidmatan kami hanya boleh digunakan di Johor Bahru. Walau bagaimanapun jika anda mempunyai rider yang mahu melakukan perjalanan di luar JB (contoh Singapura, Melaka, Batu Pahat, Pontian), ia terpulang kepada anda untuk melakukan salah-satu perkara yang berikut:
  1. Sopan menolak dan menyebut bahawa perkhidmatan Uber ialah JB sahaja
  2. Ada rider yang akan tip anda untuk mengimbangi perjalanan anda kembali ke JB
  3. Menyebut kepada rider bahawa anda hanya akan menamatkan perjalanan apabila anda memandu balik ke JB
Nota: App rider dan driver tidak berfungsi di luar JB jadi rider tidak boleh meminta untuk Uber
Mengapa peta Uber Partner berubah warna (ke kuning, oren, merah)?
Apa yang anda lihat adalah dipanggil ‘Surge’. Surge adalah cara untuk mengimbangi rider dan driver. Apabila terdapat terlalu banyak rider meminta Uber dan tidak cukup driver di kawasan itu, Surge akan bermula dan tambang akan meningkat. Jadi apakah makna warna-warna tu?
  • Kuning: Permintaan adalah lebih tinggi daripada biasa
  • Oren: Permintaan semakin tinggi dan ia akan Surge
  • Merah: Surge dihidupkan dan tambang akan 1.0x-2.0x kali ganda
Bagaimana pickup di airport FIFO berfungsi?
FIFO (Pertama Masuk, Pertama Keluar) bermakna orang pertama yang masuk ke dalam kawasan airport, akan menjadi orang yang pertama untuk menerima permintaan seterusnya. Oleh itu, anda tidak payah menjadi driver-partner yang paling dekat ke rider untuk mendapat permintaan di Airport.
Giliran dalam barisan adalah pertama masuk, pertama keluar. Ini bermakna, permintaan seterusnya akan pergi ke partner yang menunggu paling lama dan berada dalam zon biru (di bawah):
Senai Airport
  • Lokasi anda dalam airport (zon biru) tidak akan menjejaskan giliran anda dalam barisan
  • Jika rider yang membatalkan, giliran anda masih akan berada di hadapan barisan
  • Jika anda keluar dari airport (zon biru) / gagal untuk menerima permintaan / membatalkan permintaan/ pergi offline atau mematikan fon anda, giliran anda akan pergi ke belakang barisan
Bagaimana saya tahu berapa lama saya kena menunggu di airport?
Kami masih bekerja untuk mencipta ciri-ciri ini untuk menunjuk maklumat tersebut.
Pada masa ini, anda boleh mengguna app rider untuk mengetahui berapa banyak kereta yang berada di kawasan itu.
Adakah saya boleh mendapat permintaan dalam kawasan selain daripada airport?
Ya, anda masih boleh mendapat permintaan dari luar kawasan airport JIKA anda ialah partner yang paling dekat.
Jika saya berada di luar kawasan airport, adakah saya masih boleh mendapat permintaan dari airport?
Ya, anda masih boleh mendapat permintaan dari airport JIKA tiada kereta lain dalam zon biru
Apa telefon yang sesuai untuk Uber?
iPhone: 4s dan keatas
Asus: Zenfone C, Zenfone 4, Zenfone 5
Google: Nexus 5
HTC: One, One M8
Motorola: Droid Ultra
Samsung: Ace Style LTE, Galaxy Note 3, Galaxy Note 4, Galaxy S3, Galaxy S4, Galaxy S5, Galaxy S5 Mini
Xiaomi: Semua model

Join sebagai Uber partner dapat duit pemanduan dan dari saya untuk anda buat lebih banyak lagi.

Cukup mudah dan simple.

Uber bagi ransangan untuk register partner (driver) dan mencukupi dokumen dan mencukupi jumlah minima pemanduan. Sekiranya saya dapat insentif dari Uber seperti dijanjikan, saya akan anda berikan RM100.00.
Anda boleh buat seperti saya selepas anda mencukupi minima pemanduan anda.

Saya akan monitor untuk anda jadi pemandu tanpa perlu ke sana ke mari melalui perisian saya. Insya Allah, semua senang. Incentif mungkin akan ditarik balik atau dikurangkan. Cepat-cepat, siapa cepat dia beruntung.

Untuk itu anda mesti memenuhi syarat-syarat seperti di bawah.

1. Kereta Tahun 2008 dan ke atas
2. Mempunyai 4 pintu
3. Mempunyai lesen penuh (P tidak dibenarkan)
4. Nama ada dalam Insuran cover note. Sama ada pemandu atau second driver.

Jika syarat ini dipenuhi, langkah seterusnya saya akan bantu tanpa perlua anda keluar dari rumah pun.

Anda tidak ada kereta yang di bawah 8 tahun? Ikuti blog ini, saya akan terangkan bagaimana nak buat.


Waktu gawat, simpanlah sesuatu seperti gandum DITANGKAINYA, Seperti menyimpan dalam Emas dan mencari pelanggan dari negara luar yang seperti jadi Pemandu Uber. Bagaimana caranya?

Bagaimana nak Register sebagai pemandu Uber Malaysia.
How  to Register UBER Malaysia?

Ikut langkah mudah seperti isi borang di bawah,